Sabtu, 2008 Mei 17

Diagnosis : Warna Diri, Nombor Diri & Konsultansi

Warna Diri, Nombor Diri & Konsultansi

Warna Diri - Warna Luaran dan Warna Dalaman

PECAHAN PERATUS 80% 20%
WARNA

LUARAN

PUTIH

DALAMAN

HIJAU
LEVEL DIRI SPIRITUAL MENTAL
KECENDERUNGAN

Merupakan seorang yang amat peka dengan suasana dan bijak membaca situasi sehingga boleh menjadi perancang pelbagai bidang. Mempunyai keyakinan yang tinggi dan berpotensi menaikkan semangat orang lain. Layak menjadi ketua kerana karisma sebagai seorang pemimpin. Cekal dan tabah dalam menghadapi perjuangan hidup. Amat meminati seni muzik. Sentiasa ingin mendahului orang lain. Boleh memegang amanah.

Seorang yang kuat berfikir dan mempunyai daya ingatan yang tinggi. Bijak membuat analisa dan merangka objektif sesuatu gerak kerja. Bijak dalam membuat perkiraan dan untung rugi dalam jangka masa yang dekat. Mudah bergaul dengan sesiapa sahaja kerana ia seorang yang peramah tetapi berhati-hati dengan tutur kata.


Amat peka atau sensitif kepada sesuatu getaran luaran. Proses pembelajarannya begitu cepat tetapi perlu berhati-hati dengan telatah yang melulu (kelam kabut).
GAYA BERFIKIR Mengambil bahagian dalam mana-mana aktiviti, pemberi galakan, berkebolehan dalam memahami dan berkongsi perasaan dengan orang lain (empati), interpersonal, idealistik dan beremosi. Mempunyai tahap sensitiviti yang tinggi dan cenderung ke arah kesenian dan kerohanian. Sangat bagus dalam membangunkan sesuatu yang ideal dan merealisasikan imej-imej yang bersepadu. Juga cenderung ke arah memotivasi rakan-rakan. Suka melawan pandangan-pandangan konvensional dan tradisional dan lebih berminat berfikir secara spekulatif. Berfikiran logik, analitik, rasional, objektif dan kritikal. Amat berbakat dalam bidang teknikal dan kuantitatif. Menggunakan keputusan yang praktikal dan mempunyai pandangan yang empirik dan jelas terhadap sesuatu masalah dan situasi. Sangat bagus dalam mengendalikan situasi-situasi yang konkrit dan ketetapan yang kuantitatif.
NW

NW 1 Bersemangat / Kelesuan

NW 5 Keceriaan / Tersinggung

NW 7 Matang / Mengharap

NW 8 Kedamaian / Murung

NW 9 Peramah / Pendiam

NW 10 Bebas / Kebosanan

NW 11 Sukacita / Hampa

NW 18 Tenteram / Gemuruh

NW 19 Berani / Ketakutan

NW 2 Daya ingatan / Pelupa

NW 4 Tetap / Tedak menentu

NW 5 Keceriaan / Tersinggung

NW 9 Peramah / Pendiam

NW 12 Yakin / Was-was

NW 15 Jelas / Kekeliruan

NW 18 Tenteram / Gemuruh

NW 19 Berani / Ketakutan
PERSONALITI NEGATIF

- Kebimbangan

- Ketakutan

- Tidak tentu hala

- Tanpa matlamat

- Hilang arah / punca

- Putus asa

- Murung

- Hiperaktif

- Mudah terpengaruh

- Ego / keras hati

- Tidak mahu mengalah

- Malas berfikir

- Keliru

- Pelupa

- Lembap

- Gelojoh

- Berkira-kira

- Mengkritik

- Cemburu melulu

- Mencari alas an

- Berceloteh

- Celupar

KELEMAHAN SIMPTOM

- Terlalu lesu

- Keletihan dan lesu yang berpanjangan

ATAU

- Terlalu aktif

- Pening-pening

- Mabuk / pitam

- Tekanan darah

- Angin / gastrik

- Sakit di belakang

- Lenguh-lenguh

- Kejang di bahagian belakang

- Alahan / Kulit


Nombor Diri - berdasarkan kiraan tarikh lahir yang menghasilkan pembentukan piramid nombor. Dari piramid nombor ini dapat dilihat apakah faktor nombor yang membentuk nombor diri. Dan nombor diri ini hanya dapat mencapai potensi diri sebenar apabila faktor yang menyebabkan terhasilnya nombor diri itu dipenuhi terlebih dahulu. Maka di sebalik piramid nombor ini dapat dilihat tingkat perjalanan yang perlu ditelusuri bagi mencapai potensi sebenar nombor diri seseorang itu.

Nombor Utama Diri: 2
Sinopsis : Disukai kerana suara dan kelembutan
Getaran Nombor : Suara, berbicara, simpati, bekerjasama, penawan lelaki dan wanita
Tafsiran : Jujur, bersih, lembut, tenang, dengar tapi tidak semestinya buat
Nombor 2 Kombinasi Keterangan
85 Selalu hadapi halangan dari diri sendiri dan tekanan
16 Bergaya, sendirian mencari kekayaan
47 Pandai merancang tarik pengikut, merancang untuk orang
39 Sibuk mencari peluang namun tangan kosong
84 Mudah bosan dengan sesuatu, mencari-cari kejayaan
96 Mudah untung
Nombor 3 Kombinasi Keterangan
516 Selalu bergerak, tugasan luaran
426 Pandai ceramah / syarahan, kekuatan pada suara
729 Sangat menawan dan tarikan orang
573 Bergaul dengan orang kenamaan
549 Memiliki gerak hati (positif) atau muslihat (negatif)
843 Selalu tercari-cari kejayaan
786 Orang suka beri tanggungjawab (itulah kelebihan dan rezekinya)

Penerangan Nombor Utama Diri dan Nombor Kombinasi:

Nombor / Cadangan Potensi dan Strategi
Nombor Utama Diri : 2 Kekuatan saya pada no 2 (Disukai kerana suara & kelembutan) iaitu hasil daripada 4 (Intellektual, kemahiran berfikir, bijak, berilmu, mencari / memiliki ilmu, kemahiran, pintar, berpendidikan, berpengetahuan, perancang) dan 7 (Bernasib baik, tarik penyokong, tarikan pengikut untuk business networking, bijak, beragama, popular)
Cadangan Perawatan Secara keseluruhannya kekuatan saya adalah pada suara dalam menyampaikan ceramah. Tetapi itu merupakan kelemahan yang paling besar di dalam diri saya. Maka saya akan cuba berusaha meningkatkan kemahiran dan ilmu dalam melengkapkan diri sebagai penceramah.

Menggunakan CVT, didapati saya memang mempunyai masalah pertuturan dan ini sedang saya usahakan dengan pengambilan NW2, SW43 dan SW44. Masalah pertuturan ini saya alami atas phobia kisah silam dan rentetan tekanan yang pernah dilalui. Tambahan pula segala ini menimpa di waktu perjalanan life energy yang menurun. Dengan panduan arah mata angin yang betul, saya akan cuba menggunakan sepenuh kekuatan yang ada ke arah kejayaan yang saya idam-idamkan.
Nombor kombinasi positif Saya juga mempunyai kelebihan 426 (Pandai syarahan / ceramah), 843 (Keupayaan untuk tekun menjalankan penyelidikan) dan 459 (Memiliki gerak hati yang kuat). Juga pakej 729 (Sangat menawan & daya tarikan), 573 (Bergaul dengan orang kenamaan, pegawai atasan, orang kaya) dan 966 (Mudah untung, Perniagaan menghasilkan pulangan yang baik).
Nombor kombinasi negatif 843, 729 dan 573 juga merupakan nombor kombinasi negatif.

843 boleh menjadikan saya terganggu fokus kerana tekanan dan minat yang berubah-ubah. Maka ini bermakna saya juga merupakan seorang cepat bosan. Maka saya perlu menjaganya fokus dan tumpuan saya agar sesuatu yang saya lakukan adalah dengan bersungguh-sungguh dan melakukannya satu persatu agar tidak tertekan dengan bebanan yang terlalu banyak.

729 pula adalah nombor tarikan orang lain kepada saya. Maka saya perlu berhati-hati kerana tarikan lelai misalnya kepada saya akan membuatkan akan terganggu pula rumahtangga nanti. Maka perhubungan perlu disederhanakan kerana layanan yang berlebihan akan membuatkan orang mudah pula terpesona. Mungkin saya tidak beranggapan begitu, tetapi orang lain yang berasakan begitu.

573 pula walaupun memang benar saya mudah mendapat kenalan atau bergaul dengan orang kenamaan, tetapi ianya juga boleh mengganggu saya dari segi perbelanjaan yang diluar kawalan. Untuk menjadikan diri berada di kalangan mereka yang ternama, mungkin saya juga akan melibatkan perbelanjaan yang besar agar dilihat setaraf dengan mereka. Maka perlulah saya melihat perkara ini secara positif dan mengukur mengikut keperluan dan kesederhanaan. Yang penting jangan kerana orang lain, saya hilang identiti saya pula.
Cadangan Perawatan

Menggunakan CVT, didapati saya memang mempunyai masalah pertuturan dan ini sedang saya usahakan dengan pengambilan NW2, SW43 dan SW44. Dengan penguasaan NW2 ini, saya akan menggunakan ia ke arah merancang dan menyampaikan ilmu (426) dan daya tarikan penyokong (729).

Sesungguhnya saya akan berusaha mengawal DAYA FOKUS (NW4) dan KESEIMBANGAN (NW7) yang membawa kepada kejayaan saya mengusai PERTUTURAN (NW2). Maka di sini NW4 dan NW7 adalah keperluan utama saya sentiasa. Hasil NW2 dan NW7 yang menghasilkan NW11 juga sangat penting kerana saya mudah gemuruh dan berdebar-debar semasa ingin menyampaikan (NW2).

Kesimpulan Walaupun saya memahami potensi sebenar diri saya adalah NW2 iaitu pada kekuatan suara, tetapi ianya tidak boleh berlaku secara terus. 2 juga bermaksud penguasaan komunikasi mungkin melalui penyebaran maklumat yang hari ini terdapatnya berbagai cara dalam untuk berkomunikasi.


Selain itu, terdapat juga 2 faktor nombor di persekitaran yang mempengaruhi bagaimana untuk mencapai potensi nombor diri. 2 faktor nombor yang dimaksudkan berada di kiri kanan piramid nombor.

No Anda Punca (nombor & keterangan) Strategi
3 3+9

Sibuk mencari peluang namun tangan kosong (kemungkinan dalam perniagaan berakhir dengan sia-sia)

Untuk mengelakkan ‘tangan kosong’, maka saya perlu memastikan saya sentiasa bersedia dengan ilmu yang selengkapnya. Saya hanya akan melakukan sesuatu itu apabila segala persiapan telah lengkap sahaja.

Untuk mengelakkan ‘tangan kosong’ (3=3+9), maka saya perlu memastikan saya sentiasa bersedia dengan ilmu (4) yang selengkapnya. Saya hanya akan melakukan sesuatu itu apabila segala persiapan lengkap sahaja. Dan perjalanan ilmu (4), insyaAllah akan dipermudahkan (994) yang akan membawa kepada dipermudahkan kejayaan (996).

LENGKAP dan SEDIA sangat penting bagi saya bagi KESERENTAKAN yang akan berlaku!

3 8+4 Mudah bosan dengan sesuatu, mencari-cari kejayaan. Tertekan dalam membuat perancangan tetapi tidak ada penyelesaian, bergerak dalam kitaran/pusingan Untuk mengelakkan daripada menjadi bosan (3=8+4), maka saya perlu mendalami secara lebih mendalam dengan memilih pengkhususan dan menjalankan penyelidikan. Jika tidak, masalah tekanan (NW8) akan sentiasa berkitar. Bersesuaian dengan keadaan ini, saya kini telah memilih WARNA DIRI dan sedang menjalankan penyelidikan. Untuk mengelakkan terlalu berharap (NW7), saya memahami keadaan saya menuju kejayaan dalam penyelidikan ini akan dipenuhi cabaran dan liku-liku yang berkitar (866), tetapi kejayaan akan tetap berpihak kepada saya jua, insyaAllah.


Dan akhir sekali adalah nombor yang dikenali sebagai nombor akhir hayat. Nombor akhir hayat ini hanya terdiri daripada pengakhirannya nombor 3, 6 dan 9 sahaja. Begitu juga dengan 2 pengakhiran nombor di persekitaran (kiri kanan piramid) iaitu hanya 3, 6 dan 9 sahaja. Nombor-nombor ini membawa maksud tertentu dan membawa getaran sama ada positif atau negatif dan memerlukan kebijaksanaan individu merancang strategi bagi menukarkan yang negatif kepada positif.

Nombor akhir hayat terdiri daripada tiga nombor ini sahaja, dan setiap nombor membawa maksud :

3 Tiada wang (didermakan, diwasiatkan, tidak dapat menyimpan , atau memang tiada wang)

6 Kekayaan , banyak wang

9 Banyak harta / aset


No Anda Punca (nombor & keterangan) Strategi
6 9+6 Mudah untung, Perniagaan menghasilkan pulangan yang baik

Oleh kerana itu, maka saya akan bekerja lebih usaha lagi dan tidak mengambil kesempatan akan potensi yang ada kerana jika tangan kosong tanpa usaha dan sentiasa bosan, dan tidak tetap, maka potensi mudah untung tidak akan pergi ke mana-mana atau tidak menjadi.


Jangan mudah membuat pelaburan dalam hartanah untuk saja cuba-cuba melainkan bukan tangan kosong (ini berdasarkan interaksi elemen yang dikuasai oleh harta (property) dan hartanah).

Mudah untung ini tidak akan dicapai jika tersangkut di peringkat potensi diri dan persekitaran.

Interaksi dengan kerjaya :

Root No: 2

Elemen: Air
Jenis Kerjaya Penerangan
SesuaiAstronomy, Communications, Consumer goods, Import/Export Trading, Retails, Sales, Shipping, Freight Forwarding, Transport Industry, Finance & Banking, Fire FightingSesuai dengan Communication dan Jualan Produk, yang Disokong oleh Teknologi dan Komputer, dan Mengusai Psychology dan Energy sepertimana saya begitu mendalami Colour Vibration Therapy (CVT) yang mendapat sokongan sepenuhnya daripada keluarga dan Fakulti Universal of Colours, Malaysia.
DisokongComputer, Electronic Components, Engineering, Hi-Tech, IT, Legal Profession, Martial Arts, Mining, Motor & Automobile Industry, Plant & Machinery, Public Services
MenyokongEducation, Writing, Philosophy, Printing & Publishing, Fashion & Hair, Media, Music, Arts & Culture, Textiles, Social Services, AgriculturePerlu kurangkan daripada terlalu banyak menyokong kerana ia akan memenatkan (namun tidak dinafikan diri tetap juga ke arah ingin menyokong elemen tersebut)

Sebagai seorang berlevel diri Spiritual, saya mempunyai kecenderungan dalam bidang muzik.dan pendidikan, tetapi kedua kecenderungan tersebut termasuk di dalam kategori yang saya akan ‘kepenatan’ apabila terlalu banyak menyokong. Maka untuk tidak kehabisan tenaga yang diperlukan, maka saya akan sentiasa menyediakan diri dengan semangat, fokus dan kesungguhan yang tinggi (Seri Wajah / NW1, NW4 dan NW3).
MengusaiPsychology,Energy, Light & Laser (Colours), Telecommunications, Acting (Show Business), Advertising (Mass Media), Entertainment, Beauty, Jewellery, Interior Decoration, Food Industry, Restaurants, ElectronicsPenguasaan bidang Psikologi dalam Warna Diri menggunakan kaedah Colour Vibration Therapy dengan berbantukan teknologi komputer dan telekomunikasi (Internet). Saya akan berusaha menghasilkan produk yang digunakan sebagai keperluan pengguna seharian berasaskan psikologi Warna Diri ini. Produk ini mungkin terdiri daripada hiburan yang berunsur pendidikan dan memberi ilmu kepada masyarakat melalui rancangan ‘edutainment’. Ini saya lakukan pada masa hadapan setelah penyelidikan saya tamat nanti.

Bersesuaian dengan terapi CVT yang diceburi kini yang akan mengetengahkan persoalan pemakanan, kecantikan, pendidikan, pembelajaran dan kesihatan.
DikuasaiEarthen(ware), Nature, Chemical, Physics, Mining, Quarry, Architecture, Construction, Property, Real estate, Hospitality Industry, Insurance, Politics, ConsultancyPerlu dielakkan daripada perkara akan menguasai elemen saya. Ya, memberi rundingan dan konsultansi memang terasa benar tenaga saya semakin susut, tetapi jika tidak dapat dielakkan, maka saya perlu menyusun konsultansi di dalam cara yang serasi dengan diri saya bagi mengelakkan rasa terbeban dan tertekan.

Perkara yang perlu diberi perhatian :

Sudahlah pendidikan adalah termasuk di dalam elemen yang saya akan banyak menyokong yang boleh mengakibatkan kepenatan. Dan pendidikan pula jika ditambah unsur politik yang merupakan elemen yang mengusai diri. Maka saya perlu sangat berhati-hati. Cuma yang bagusnya, perundangan akan sentiasa menyebelahi diri saya kerana ianya elemen yang memberi sokongan kepada saya.

Jangan terlalu memaksa diri di dalam perkara-perkara yang diketahui melibatkan banyak unsur politik. Dalam erti kata lain jangan melibatkan diri di dalam politik secara langsung atau secara terus. Sebagai perancang kepada ahli politik adalah satu perkara lain yang memberikan kekuatan kepada diri.



Kitaran Ulangan 9 :




Penentuan matlamat, perancangan persediaan, dan bekerja sepenuh tenaga dan tekun. Masa Kecemerlangan (Tingkatkan lagi usaha bagi mencapai kecemerlangan yang maksimum) Mantapkan kecemerlangan yang diperolehi. Jangan pula berasa terlalu selesa dengan kejayaan.






Tahun No Utama Diri Umur
1978 2 0 x . .
1979 3 1 x . .
1980 4 2 x . .
1981 5 3 . x .
1982 6 4 . x .
1983 7 5 . . x
1984 8 6 . . x
1985 9 7 . . x
1986 1 8 x . .
1987 2 9 x . .
1988 3 10 x . .
1989 4 11 x . .
1990 5 12 . x .
1991 6 13 . x .
1992 7 14 . . x
1993 8 15 . . x
1994 9 16 . . x
1995 1 17 x . .
1996 2 18 x . .
1997 3 19 x . .
1998 4 20 x . .
1999 5 21 . x .
2000 6 22 . x .
2001 7 23 . . x
2002 8 24 . . x
2003 9 25 . . x
2004 1 26 x . .
2005 2 27 x . .
2006 3 28 x . .
2007 4 29 x . .
2008 5 30 . x .
2009 6 31 . x .
2010 7 32 . . x
2011 8 33 . . x
2012 9 34 . . x
2013 1 35 x . .
2014 2 36 x . .
2015 3 37 x . .
2016 4 38 x . .
2017 5 39 . x .
2018 6 40 . x .
2019 7 41 . . x
2020 8 42 . . x
2021 9 43 . . x
2022 1 44 x . .
2023 2 45 x . .
2024 3 46 x . .
2025 4 47 x . .
2026 5 48 . x .
2027 6 49 . x .
2028 7 50 . . x
2029 8 51 . . x
2030 9 52 . . x
2031 1 53 x . .
2032 2 54 x . .
2033 3 55 x . .
2034 4 56 x . .
2035 5 57 . x .
2036 6 58 . x .
2037 7 59 . . x
2038 8 60 . . x
2039 9 61 . . x
2040 1 62 x . .
2041 2 63 x . .
2042 3 64 x . .
2043 4 65 x . .
2044 5 66 . x .
2045 6 67 . x .
2046 7 68 . . x
2047 8 69 . . x
2048 9 70 . . x
2049 1 71 x . .
2050 2 72 x . .
2051 3 73 x . .
2052 4 74 x . .
2053 5 75 . x .
2054 6 76 . x .
2055 7 77 . . x
2056 8 78 . . x
2057 9 79 . . x
2058 1 80 x . .
2059 2 81 x . .
2060 3 82 x . .
2061 4 83 x . .
2062 5 84 . x .
2063 6 85 . x .
2064 7 86 . . x
2065 8 87 . . x
2066 9 88 . . x
2067 1 89 x . .
2068 2 90 x . .
2069 3 91 x . .
2070 4 92 x . .
2071 5 93 . x .
2072 6 94 . x .
2073 7 95 . . x
2074 8 96 . . x
2075 9 97 . . x
2076 1 98 x . .
2077 2 99 x . .


Konsultansi


Perbincangan adalah menerangkan perkara perancangan yang perlu dilakukan seperti susunan langkah bertingkat bagi mencapai potensi diri. Bagaimana getaran negatif dapat ditukarkan kepada getaran positif berdasarkan prinsip di sebalik kelemahan itulah sebenarnya kekuatan diri.

Perancangan pengusaan bidang :

Bagaimana menggunakan Kitaran Ulangan 9 dalam memahami perjalanan kehidupan dan merancang strategi.

1 ulasan:

putra berkata...

Smekom...
Camna Dr Ezwin pola 573 dalam piramid Dr Ezwin... Sy tengok xde pun..